012-4476401 abuzahrah84@gmail.com

Profil Peribadi

Dr. MOHD YUSUF ISMAIL


20160525_155505

Dilahirkan di Taiping, Perak, pada tahun 1984.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pantai Remis, seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Shahriman, Bruas, Perak, dan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kerian, Perak, (SPM 2001).

Melanjutkan pengajian ke Pusat Matrikulasi UIAM, dan menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda di UIAM dalam bidang Pengajian Quran dan Sunnah pada tahun 2007. seterusnya menyempurnakan pengajian di peringkat Sarjana (Masters) di universiti yang sama, tahun 2010.

Menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di University of Jordan dalam bidang pengajian hadis pada tahun 2013, dan telah menyelesaikan pengajiannya pada tahun 2016.

Berkhidmat sebagai Tutor di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2008. Dilantik menjadi pensyarah di universiti yang sama, di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah pada tahun 2010. Pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Program Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat selama 3 tahun.

Sekarang beliau kembali berkhidmat di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.